- advertisement -

Istimewa Ramadan ini, TV9 membawakan sebuah drama santai dan lucu, Assalamualaikum Mustafa yang akan mula disiarkan di tv mulai 5 Mei 2021.

Drama Assalamualaikum Mustafa merupakan cerita yang sesuai untuk ditonton seisi keluarga. Drama yang menampilkan barisan pelakon cilik seperti adik Adib Haziem, Aireen Embun, Amani dan Aryan bersama seekor kambing comel.

BACA : Saksikan Drama Ramadani Di TV3

Tayangan : Istimewa Ramadan di TV9
Pengarah : Fairuz Loy
Penulis Skrip : Mufid Suhaimi Bahaudin
Produksi : Country & Universal Sdn. Bhd.
Pelakon : Adib Haziem, Aireen Embun, Amani, Aryan, Syazwan Zulkifly, Rozita Che Wan, Kazar dan ramai lagi.

- advertisement -
assalamualaikum mustafa

Sinopsis Drama Assalamualaikum Mustafa

Drama Assalamualaikum Mustafa mengisahkan tentang seekor kambing peliharaan Atok Budin (Kazar). Atok Budin terpaksa menjual kesemua kambing peliharaannya kecuali Mustafa, kerana kambingnya sering merosakkan tanaman orang-orang kampung. 

Amar (Adib Haziem) dan ibunya Aishah (Rozita Che Wan), anak kepada Atok Budin terpaksa berpindah ke kampung halaman iaitu Kampung Imam Lapar setelah kematian ayahnya Shauki. Aishah sangat berharap agar Amar dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran kampung.

assalamualaikum mustafa

Atok Budin gembira dengan kehadiran anak dan cucunya kerana tinggal keseorangan di kampung kecuali jika cuti semester, anak bongsunya Paksu Harris (Syazwan Zulkifly) akan berada bersamanya. Kegembiraan berganda buat Atok Budin apabila mereka dapat menyambut bulan Ramadan bersama anak-anak dan cucunya buat pertama kali. 

Pak Harris suka menyakat Amar dan ini tidak disenangi olehnya. Di kampung pula terdapat tiga orang kanak-kanak yang sebaya dengannya iaitu Yaya, Comel dan Ali. Namun Amar tidak menyenangi mereka kerana bagi Amar mereka ketinggalan zaman tidak seperti dia yang datang dari bandar.

Amar sentiasa melihat Atok Budin bercakap dengan Mustafa. Dia pelik tetapi tidak mengendahkannya sehinggalah suatu hari dia seperti mendengar Mustafa memanggil namanya. 

  • assalamualaikum mustafa
  • assalamualaikum mustafa

Waktu Tayangan

Jadi jangan lupa untuk tonton drama Assalamualaikum Mustafa pada setiap Rabu dan Khamis, jam 9.30 malam istimewa Ramadan di TV9. Jika terlepas, anda boleh saksikan menerusi Youtube TV9 Malaysia.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here