Drama Anak Sena akan mengisi slot Lestary kali ini bagi menggantikan drama Hello, Jangan Tapau Cintaku sebelum ini iaitu bermula 26 Ogos 2021 di TV3.
Drama melayu tempatan 2021 ini menampilkan barisan pelakon seperti Ben Amir, Hadi Putra, Ruzaidi Abdul Rahman dan ramai lagi. Saksikan kisah seorang guru dan anak muridnya bagi menggapai sebuah impian


Episod : 8
Pengarah : Bahri Uma Bajuri
Idea Asal : Panel Kreatif Scimpa
Skrip : MF Kenchana & Irdeena Nur Humaira
Penerbit : Jaja Ishak
Produksi : Kembara Sufi Sdn. Bhd.
Pelakon : Ben Amir, Hadi Putra, Sasha Abdul, Ruzaidi Abd Rahman, Norshahira Abdul Malik, Nadia Aqilah, Farah Ahmad, Lan Siro, Danish Iskandar dan ramai lagi. Juga ada penampilan khas daripada Azwan Ali dan Rashidah Jaafar
- Bin Amir sebagai Cikgu Amir
- Ruzaidi Abd Rahman sebagai Tok Sena
- Hadi Putra sebagai Wadi
- Farah Ahmad sebagai Kiambang
- Nadia Aqilah sebagai Kuntum
- Sasha Abdul sebagai Fatin
- Lan Siro sebagai Jati
- Norshahira Abdul Malik sebagai Cikgu Amira
- Danish Iskandar sebagai Karim
OST Drama
Lagu : Bukan Aku
Penyanyi : Danial Chuer
Komposer : Amsyar Razqa, Marzuq
Lirik : Amsyar Razqa, Amzar Razqa, Farid Pedang
Sinopsis Drama Anak Sena
Drama Anak Sena mmengisahkan tentang pengorbanan seorang guru dalam membimbing anak masyarakat Orang Asli.
Wadi (Hadi Putra) seorang pelajar anak Orang Asli yang mempunyai bakat dalam sukan. Gurunya, Cikgu Amir (Ben Amir) cuba untuk mencungkil bakat dimiliki pelajar itu sehingga berjaya.
Waktu Bersiaran
Jangan lupa untuk saksikan secara eksklusif drama Anak Sena setiap Rabu hingga Sabtu, jam 9.00 malam di slot Lestary TV3 bermula 26 Ogos ini. Juga secara online di Tonton.
Selain itu, bagi yang ingin saksikan secara online dan On Demand, drama ini juga akan ditayangkan melalui platform penstriman Disney+ Hotstar sejurus selepas habis tayangan di tv.