- advertisement -

Kali ini Astro bawakan kembali drama tempatan Malaysia 2021 untuk tontonan ramai. Drama Ali Alia akan bersiaran bermula 24 Ogos 2021 di Astro Ria bagi menggantikan drama Singapura, Siapa Jaga Mak? sebelum ini.

Drama ini merupakan idea asal daripada Rina Khan serta diarahkan oleh Heykal Hanifa dengan beberapa barisan pelakon hebat seperti Erra Fazira, Rashidi Ishak, Rusdi Ramli, Shafimie, Erynne dan ramai lagi

- advertisement -
drama ali alia

Episod : 13
Tayangan : Slot Tiara Astro Prima
Pengarah: Heykal Hanifah
Idea Asal: Rina Khan
Penulis: Shida Zali , Farhana Fauri & Heyrissa Heykal
Penerbit : Pn. Hajah Bibi Hasnah Binti Mohammad Suraya Elai
Terbitan: Luqsar Kreatif Sdn. Bhd
Pelakon : Fimie Don, Erynne Erynna, Erra Fazira, Rashidi Ishak, Rusdi Ramli, Faezah Elai, Fahrin Ahmad, Faradhiya, Usop Wilcha, Sabrina Ali, Ahmad Iswazir Ismail, Kodi Rasheed dan ramai lagi

  • Fimie Don sebagai ALI
  • Erynne Erynna sebagai ALIA
  • Rusdi Ramli sebagai AMIR
  • Faezah Elai sebagai MAZNI

Sinopsis Drama Ali Alia

Drama Ali Alia mengisahkan sepasang kembar remaja yang berlainan keadaan hidup. Si lelaki, Ali (Fimie Don), hidup seperti lelaki normal manakala si perempuan, Alia (Erynne Erynna) merupakan autistik.

Pasangan tersebut bertekad untuk lari dari rumah berikutaa ibu bapa mereka yang telah membuat keputusan untuk bercerai.

Namun keadaan tersebut menjadi lebih buruk apabila salah seorang daripada mereka telah diculik sebelum sampai ke destinasi tujuan. Ibu Bapa Ali Alia temui jalan buntu untuk menjajaki anak mereka. Adakah mereka berjaya pertemukan mereka kembali?

  • drama ali alia
  • drama ali alia

Waktu Siaran

Drama Ali Alia akan bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 6.00 petang di slot Tiara saluran Astro Prima bermula 24 Ogos ini. Anda juga boleh strim secara online menerusi Astro Go atau tonton secara On Demand untuk waktu yang lebih fleksibel.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here