- advertisement -

Jangan lupa saksikan drama Aku Yang Merinduimu bagi menggantikan Juliet yang akan mula bersiaran pada 15 Jun 2022, setiap Isnin hingga Khamis pada pukul 6.00 petang di slot Widuri di TV1 dan secara online di rtmklik.rtm.gov.my

Episod : 26
Tayangan : Slot Widuri di TV1
Tarikh : Mulai 15 Jun 2022 (Isnin – Khamis)
Waktu : 6.00 Petang
Idea Asal : Linda Ramli & Shahrul Ezad
Penulis Skrip : Amor Riza, Maizura Ederis, Shida Zali, Siti Solehah, Marziah Manaf & Baizura Kahar
Pengarah : Amor Rizan
Produksi : Radius One Sdn. Bhd.

Pelakon

Antara pelakon yang membintangi drama ini seperti Syafie Naswip, Elisya Sandha, John Tan, Datin Nor Aliah Lee, Mior Hashim Manap, Jesse Lim, Zarul Imran, Isaac Iman, Eleen Arisha, Neera Azizi, Iman Suhana dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Syafie Naswip sebagai Tengku Danial
  • Elisya Sandha sebagai Husna
  • John Tan sebagai Eric
  • Datin Nor Aliah Lee sebagai Engku Mariam
  • Mior Hashim Manap sebagai Pak Seman
  • Jesse Lim sebagai Vincent
  • Zarul Imran Zizan
  • Isaac Iman sebagai Rayyan
  • Eleen Arisha sebagai Siti

Sinopsis Drama Aku Yang Merinduimu

Drama Aku Yang Merinduimu mengisahkan tentang Husna yang telah dijaga atuknya iaitu Pak Seman selepas ibu dan ayahnya meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya. Pak Seman berusaha mencari nafkah demi menjaga cucu kesayangannya sehinggalah dewasa.

- advertisement -

Engku Mariam iaitu seorang usahawan yang berjaya telah bertindak memecat Pak Seman kerana merasakan dia sudah tua untuk lakukan kerja-kerja berat di kilang miliknya. Selain itu, Engku Mariam juga sebenarnya tidak suka akan keluarga Pak Seman kerana mengaggap mereka suka mengambil kesempatan.

Anak lelaki Engku Mariam iaitu Tengku Danial yang ditangkap kerana merokok di sekolah lamanya telah ditukarkan ke sekolah baru di Pekan Cengkih dan disanalah Danial bertemu dengan Husna yang kini satu sekolah dengannya.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here