Nampaknya slot Samarinda TV3 kali ini sedikit berlainan, apabila drama terbaru Aku Yang Kau Gelar Isteri membawakan genre seram yang akan menghantui penonton bermula 17 Februari ini.
Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri akan bersiaran bagi mengangtikan drama Takdir Yang Tertulis. Jika sebelum ini slot jam 10 malam biasanya akan diisi dengan drama percintaan, keluarga atau konflik perhubungan tetapi kali ini sedikit berbeza apabila mengenengahkan genre seram dengan penampilan pelakon hebat seperti Adi Putra, Sharifah Sakinan dah Nadia Brian.
Tayangan : 15 episod di Slot Samarinda TV3 dan aplikasi iQIYI
Pengarah : Shuhaimi Lua
Skrip : Syed Mohamad Taufik Syed Abdul Jalil
Penerbit : Shuhaimi Lua, Wan Siti Fatimah dan Fazrien Ziear
Terbitan : Tanah Beris Film Production
Pelakon : Nadia Brian, Dato’ Adi Putra, Sharifah Sakinah, Atiq Azman, Baby Azreen, Aznah Hamid, Rosli Rahman Adam, Kuza, Zaki Azeman, Lana Nordin, Ummar Dzariff dan ramai lagi.


Sinopsis Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri
Drama ini mengisahkan apabila Laila (Sharifah Sakinah) menyintai Eizlan (Adi Putra) dalam diam. Akan tetapi Eizlan menyintai Raihani (Nadia Brian). Lalu Eizlan menikahi Raihani. Laila patah hati dan bertemu dengan Embun (Lana Nordin).
Pada mulanya kehidupan Raihani dan Eizlan bahagia dan saling menyayangi. Akan tetapi kemunculan Laila ke kampung membuatkan kebahagiaan mereka goyah. Kehadiran Laila membawa seribu mistik dan dendam lama yang terpendam. Berakhirkah kesengsaraan Raihani dan Eizlan ataupun mungkin mahligai cinta mereka berakhir dengan penceraian. Saksikan drama ini sehingga tamat
Waktu Siaran
Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri akan mula disiarkan pada 17 Februari 2021, iaitu pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam melalui slot Samarinda TV3. Anda juga boleh strim di aplikasi iQIYI secara percuma pada jam 11 malam sejurus selepas habis tayangan di TV.
[…] saksikan drama Camelia yang bersiaran di Slot Samarinda TV3. Drama ini bakal menggantikan drama Aku Yang Kau Gelar Isteri sebelum […]