- advertisement -

Jangan lupa saksikan drama Aku Seorang Perempuan yang akan menemui penonton mulai 19 November 2022, setiap hari Sabtu dan Ahad pada pukul 7.30 malam di saluran TV9 dan secara online www.tonton.com.my

Drama ini diinspirasikan daripada biografi novel Siti Nordiana Life Goes On dan Bukan Perempuan Biasa karya Tengku Khalidah Tengku Bidin. Ianya bukan 100 peratus sama seperti kisah hidup penyanyi terkenal tersebut tetapi lebih kepada penceritaan kerjaya beliau secara mendalam bermula dari zaman kanak-kanak, persekolahan sehingga bergelar penyanyi seperti sekarang.

Episod : 13
Tayangan : TV9
Tarikh : Mulai 19 November 2022 (Sabtu & Ahad)
Masa : 7.30 Malam
Penulis Skrip : Farhana Fauri
Pengarah : Hashim Rejab
Produksi : Brother Hood Studio & Inisiatif Seni Kreatif

Tonton

Pelakon

Antara pelakon yang membintangi drama bersiri ini seperti Atikah Suhaime, Fezrul Khan, Adriana Adnan, Amal Kamaruddin, Mustaqim Bahadon, Saidah Kamarudin, Hafidz Roshdi, Amman Nassim, Aleza Shadan, Hasnul Rahman, Fadh Majid, Puteri Sarah Liyana dan ramai lagi.

- advertisement -

Watak Lakonan

  • Atikah Suhaime sebagai Siti Noraisya
  • Fezrul Khan sebagai Fareez Hidayat
  • Adriana Adnan sebagai Adriana
  • Amal Kamaruddin sebagai Fateh
  • Mustaqim Bahadon sebagai Ehsan
  • Saidah Kamarudin sebagai Noor
  • Hafidz Roshdi sebagai Hakim Ali
  • Amman Nassim sebagai Harris
  • Aleza Shadan sebagai Noriah

OST Drama

Tajuk Lagu : Cintaku Masih Berdiri
Penyanyi : Siti Nordiana
Komposert : Ajai

Sinopsis Drama Aku Seorang Perempuan

Drama Aku Seorang Perempuan mengisahkan tentang Siti Nor Aisya iaitu seorang penyanyi muda yang sedang mengecapi populariti dan mempunyai ramai peminat yang menjadi sokongan kuat dalam kerjayanya.

Siti Nor Aisya bertemu cinta dengan seorang pelakon popular, Fareez. Mereka berdua berkahwin atas dasar cinta. Bagi Siti Nor Aisya, dia sanggup mengorbankan kerjayanya yang sedang berada di puncak kerana mahu menumpukan sepenuh perhatian kepada rumah tangga.

Adriana ialah seorang pelakon yang berkawan baik dengan Fareez. Adriana mempunyai masalah dengan kekasihnya, dan sering menemui Fareez untuk meluahkan masalah. Hubungan mereka menjadi semakin akrab dan ia mula menimbulkan rasa tidak senang dalam hati Siti Nor Aisya. Mahligai cinta yang dibina mula goyah dan diduga.

Akhirnya, Siti Nor Aisya diceraikan ketika anak mereka masih kecil. Dalam saat dia perlu bangkit dan mencari kekuatan untuk menyara anak kecilnya, Siti Nor Aisya diuji lagi dengan kehilangan teman baik sejak kecil iaitu Hakim yang juga teman seperjuangannya dalam bidang nyanyian.

Bagaimanakah Siti Nor Aisya mencari kekuatan dalam hidupnya untuk terus berjuang?

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here