- advertisement -

Jangan lupa saksikan drama terbaru Akira Khan yang akan menemui penonton mulai 18 Januari 2023, setiap Isnin hingga Selasa pada pukul 10.00 malam di slot Megadrama di Astro Ria dan secara online di Astro Go.

Drama yang melakukan pengembaraan di Pakistan ini merupakan adaptasi novel ‘Akira Khan’ karya Ammara Ayyash bagi menggantikan Cina Buta sebelum ini.

Episod : 28
Tayangan : Slot Megadrama di Astro Ria
Tarikh : Mulai 18 Januari 2023 (Isnin – Khamis)
Penulis Skrip : Haida Mazni Mohammad
Pengarah : Jamal Khan
Produksi : SR One Sdn. Bhd.

Tonton

Pelakon

Antara pelakon yang membintangi drama siri ini seperti Kamal Adli, Uqasha Senrose, Irfan Zaini, Julia Farhana Marin, Esma Daniel, Dilla Ahmad, Razman Mahyuddin, Maria Farida, Idzham Ismail, Safura Yaakub, Pushpa Narayan, dan ramai lagi

- advertisement -

Watak Lakonan

  • Kamal Adli sebagai Raden
  • Uqasha Senrose sebagai Akira
  • Irfan Zaini sebagai Zakar Khan
  • Julia Farhana Marin sebagai Liyana
  • Razman Mahyuddin sebagai Iskandar
  • Dilla Ahmad sebagai Doktor Amelia
  • Esma Daniel sebagai Kamarul
  • Maria Farida sebagai Fareedah
  • Idzham Ismail sebagai Joe

OST Drama

Tajuk Lagu : Akira
Penyanyi : Ezad Lazim & Salma Asis
Komposer : Pjay Hamzah & Bael0n
Lirik : Siti Rosmizah

Sinopsis Drama Akira Khan

Drama ‘Akira Khan’ mengisahkan tentang seorang wanita Pakistan bernama Akira yang jatuh cinta dengan lelaki Melayu bernama Raden. Disebabkan keturunan dan bangsa yang berbeza, cinta mereka terhalang dan terpaksa berkahwin secara rahsia. Namun mereke terpaksa berpisah atas masalah keluarga.

Raden telah ditimpa kemalangan di Malaysia dan telah menyebabkan dia hilang ingatan. Akira yang menanti suaminya di Hunza, Pakistan dan tidak dapat menghubungi Raden. Mereka berdua terpaksa melalui kesukaran bersendirian.

Beberapa tahun kemudian, mereka berjumpa kembali tapi malangnya Raden tidak mengenali Akira. Pelbagai dugaan terpaksa mereka lalui, juga ada yang cuba untuk memisahkan mereka berdua.

Dengan kesabaran Akira akhirnya ingatan Raden pulih kembali. Tetapi adakah mereka akan tetap bersama? Dan bolehkah mereka bersatu demi cinta mereka?

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here