- advertisement -

Saksikan drama Air Mata Allisya yang akan bersiaran mulai 20 Mei 2022, setiap hari Jumaat pada pukul 8.30 malam yang bersiaran selama dua jam di TV9 dan tontonan secara online di www.tonton.com.my

Drama ini merupakan adaptasi novel Air Mata Allisya karya Ain Zanowi yang mana bakal menggantikan Drama Jiwa Wanita sebelum ini.

Episod : 15
Tayangan : Drama Siri TV9
Waktu : Mulai 20 Mei 2022 (Setiap Jumaat)
Masa : 8.30 Malam (2 jam)
Pengarah : Kyoll Hamzah
Penulis Skrip : Haida Mazni Mohammad
Produksi : Country Universal Sdn. Bhd.

Pelakon

Antara pelakon dan artis yang membintangi drama ini ialah Keith Foo, Sophia Al Barakbah, Hariz Hamdan, Puteri Khareeza, Nazeera Sardi, Tony Eusoff , Anne Abdullah, Jasmin Hamid dan ramai lagi.

- advertisement -

Watak Lakonan

  • Keith Foo sebagai Daniel Arief
  • Sophia AlBarakbah sebagai Intan Allisya
  • Hariz Hamdan sebagai Iqbal
  • Anne Abdullah sebagai Puan Sri Sarimah
  • Puteri Khareeza sebagai Maria
  • Tony Eusoff sebagai Datuk Mustapha

OST Drama

Tajuk Lagu : Cukup Au Saja
Penyanyi : Kristal
Komposer : Denis Chairis
Lirik : Denis Chairis

Sinopsis Drama Air Mata Allisya

Drama Air Mata Allisya mengisahkan tentang Allisya yang perlu hidup berdikari selepas abangnya terbunuh dalam sebuah kemalangan yang tragis. Dia kemudiannya bertemu dengan Arief dan mereka berdua jatuh cinta.

Walaupun ibu Arief tidak merestui hubungan mereka, mereka telah berkahwin. Ibu mentuanya, Puan Sri Sarimah mula mendera Allisya secara fizikal dan mental tetapi ayah mentuanya, Tan Sri Mustapha pula melayannya seperti anak perempuannya.

Apabila Tan Sri Mustapha berterus-terang dengan Allisya bahawa Arief ialah penyebab kepada kemalangan tragis abangnya, Allisya telah melarikan diri dari Arief kerana rasa dikhianati.

Adakah selepas ini air mata Allisya tidak akan menitis lagi?

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here