- advertisement -

Jangan lupa saksikan drama sci-fi AI.5YA yang akan menemui penonton mulai 18 Ogos 2022, setiap hari Khamis yang disiarkan 2 episod setiap minggu menerusi platform penstriman Viu secara percuma.

Episod : 10
Tayangan : Viu Original di Viu
Tarikh : Mulai 18 Ogos 2022 (2 Episod Setiap Khamis)
Pengarah : Dato’ Afdlin Shauki
Produksi : Petra Vision Works

Pelakon

Antara pelakon-pelakon yang membintangi drama ini seperti Zizan Razak, Mia Sara Shauki, Dato Afdlin Shauki, Ozlynn Waty, Elly Ariffin, Emma Sofea, Farah Dhiya, Ako Mustapha, Erul Samah dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Zizan Razak sebagai Jehan
  • Mia Sara Shauki sebagai AI.5YA
  • Dato Afdlin Shauki sebagai Dato Soffaruddin Al Sogod
  • Elly Ariffin sebagai Maya
  • Emma Sofea sebagai Iman

Sinopsis Drama AI.5YA

Drama AI.5YA mengisahkan tentang Jehan seorang YouAllsTuber yang terkenal dengan content ‘prank’. Disebabkan content ‘prank’ yang melampau, Jehan telah kehilangan krew-krewnya dan sekali gus tidak boleh meneruskan contentnya tersebut.

- advertisement -

Sebagai ganti, Dato’ Soffar telah memberikan dana untuk Jehan dan mengaturkan pemberian robot android serba boleh bagi membantu kerja-kerja penggambaran. Jadi kali ini partner beliau bukan seorang manusia tetapi seorang robot android.

Robot yang sepatutnya tiba kepada Jehan adalah robot AI.M4N yang telah diprogramkan untuk membantu dalam pembikinan menghasilkan content. Tetapi yang sampai kepadanya adalah sebuah robot pembantu iaitu AI.5YA atau disebut Aisya. Mereka tersalah hantar.

Disebabkan itulah, Jehan membuat keputusan untuk mengubah atau programkan semula robot tersebut untuk dijadikan kru dan pelakon serba boleh bagi menghasilkan content yang ingin diterbitkan.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here