- advertisement -

Saksikan drama Ada Apa Dengan Saka yang akan bersiaran mulai 19 Mei 2022, setiap hari Khamis pada pukul 8.30 malam yang bersiaran selama dua jam menerusi slot Diandra di TV9 dan tontonan secara online di www.tonton.com.my

Drama seram komedi ini bersiaran bagi menggantikan drama 30 Hari Sebelum Raya yang dimainkan sebelum ini.

Episod : 20
Tayangan : Slot Diandra di TV9
Waktu : Mulai 19 Mei 2022 (Setiap Khamis)
Masa : 8.30 Malam (2 jam)
Pengarah : Nazir Jamaluddin
Penulis Skrip : Farhana Fauri dan MF Kencana
Produksi : Saphire Screen Sdn. Bhd.

Pelakon

- advertisement -

Antara pelakon dan artis yang membintangi drama siri ini ialah Syazwan Zulkifly, Shiha Zikir, Wanns Ahmad, Myra Natasya, Dynas Mokhtar, Watie Elite, Azri Iskandar, Ashraf Muslim, Rahim Omar, Rashid Jaafar dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Syazwan Zulkifly sebagai Madi
  • Shiha Zikir sebagai Aina
  • Myra Natasha sebagai Mira
  • Wanns Ahmad sebagai Atu
  • Dynas Mokhtar sebagai Tiara
  • Azri Iskandar sebagai Tuan Hambali
  • Ashraf Muslim sebagai Dato Shuk

OST Drama

Judul Lagu : Uda dan Dara
Penyanyi : Beby Aha
Komposer : Alex Lim
Lirik : StephenC

Sinopsis Drama Ada Apa Dengan Saka

Drama Ada Apa Dengan Saka mengisahkan tentang Aina dan Madi yang jatuh cinta pandang pertama apabila Madi mengetahui kebolehan luar biasa Aina yang mana dia boleh melihat benda ghaib.

Aina yang terpaksa membawa diri ke bandar apabila orang kampung tidak dapat menerima kebolehan luar biasa yang dimilikinya. Aina bertemu dengan Madi di bandar dan mereka jatuh cinta.

Madi bertekad untuk membantu aina pulih dari masalah yang Aina hadapi di samping dalam masa yang sama Aina membantu merungkai masalah yang dihadapi oleh Madi dan keluarganya yang sering diganggu makhluk ghaib.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here