- advertisement -

Menyusuli drama I Promise, Janji Anaqi, drama 4 Abdul 1 Mohd akan mengisi slot drama tersebut yang akan mula bersiaran pada 24 Januari 2022 menerusi saluran Astro Ria.

Untuk naskhah Sabri Yunus kali ini, selain sebagai pengarah dan penerbit bersama, dia juga bertindak sebagai penulis skrip dan dalam masa yang sama berlakon untuk watak utama dalam drama ini.

Biasa kita tengok seorang pelakon mainkan satu watak utama, tetapi drama 4 Abdul 1 Mohd ini, Sabri Yunus akan lakonkan 4 watak utama yang setiap darinya mempunyai perwatakan yang berbeza. Macam mana agaknya beliau ingin lakokan kesemua watakt tersebut dalam satu masa?

Episod : 12
Pengarah : Sabri Yunus
Penulis Skrip : Sabri Yunus
Penerbit : Muhamad Saidi
Produksi : Porcupine Production & Heritage Movies
Pelakon : Sabri Yunus, Angeline Tan, Asrul Faizal, Cik Man (PU Azman), Brian Chan, Issey Fazlisham, Azizul Ammar, Saidi Sabri dan ramai lagi

- advertisement -
  • Sabri Yunus sebagai Abdul Jabar, Abdul Somad, Abdul Hakim, Abdul Wasit
  • Asrul Faizal sebagai Mohd Kasim
  • Angeline Tan sebagai Yyuen
  • Cik Man sebagai Encik Salam
  • Brian Chan sebagai Robin
  • Issey Fazlisham sebagai Musa
  • Saidi Sabri sebagai Muda
4 abdul 1 mohd

Sinopsis Drama 4 Abdul 1 Mohd

Drama 4 Abdul 1 Mohd mengisahkan Abdul Jabar seorang ayah yang semakin tua dan uzur serta tidak punya masa lama lagi untuk hidup. Jadi penasihat Abdul Jabar iaitu Encik Salam minta Mohd Kasim iaitu anak tunggal Abdul Jabar supaya pujuk ayahnya tukar nama pemilik harta-harta ayahnya kepada nama dia sebelum terlambat.

Jadi apabila Kasim memberitahu ayahnya, maka terbongkarlah rahsia besar dimana Abdul Jabar mempunyai 3 lagi orang anak hasil hubunga bersama isteri-isterinya sebelum ini.

Oleh itu Abdul Jabar minta peguamnya, Robin dan Encik Salam mencari ketiga-tiga anaknya tersebut supaya harta-harta tersebut dapat dibahagikan sama rata antara anak-anaknya.

Abdul Somad iaitu anak Jabar yang pertama, seorang pendendam dan garang serta bekas penjenayah. Abdul Hakim anaknya yang kedua iaitu seorang bomoh Indonesia yang dituduh membawa ajaran sesat. Anak yang ketiga iaitu Abdul Wasit, seorang yang kurang upaya dan sedikit naif.

Akhirnya kesemua anaknya berjaya dikumpulkan oleh Robin dan Encik Salam. Apabila dikumpulkan buat pertama kali di rumah Abdul Jabar, Mohd Kasim terkejut besar apabila wajah Abdul Somad, Abdul Hakim dan Abdul Wasit sebijik macam wajah ayahnya.

Jadi ini membuatkan Mohd Kasim bimbang jika pembahagian harta nanti akan menjadi tidak adil disebabkan wajahnya tidak sama sepertinya ayahnya, Abdul Jabar.

Maka bermulalah kisah perubatan harta yang penuh dengan penipuan, manipulasi dan juga sifat tamak antara anak-anak Abdul Jabar tersebut.

  • 4 abdul 1 mohd
  • 4 abdul 1 mohd
  • 4 abdul 1 mohd

Waktu Bersiaran

Jadi jangan terlepas untuk saksikan drama 4 Abdul 1 Mohd yang bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 11.00 malam di Astro Ria mula 24 Januari ini.

Untuk waktu yang lebih fleksibel, anda boleh saksikan secara On Demand atau menerusi Astro Go dan aplikasi mobile yang boleh dimuat-turun di Play Store atau App Store.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here