- advertisement -

Slot Diandra diteruskan dengan drama terbaru 30 Hari Sebelum Raya yang akan mula bersiaran pada 29 Mac 2022 di saluran TV3 dan platform penstriman Disney+ Hotstar bagi menggantikan Tumpang Lalu Bang.

Drama bersiri ini ditayangkan sempena bulan Ramadan dengan menampilkan pelakon-pelakon terkenal seperti Kazar Saisi, Liza Abdullah, Sufian Suhaimi, Chacha Maembong dan rami lagi.

Episod : 28
Tayangan : Slot Diandra TV9 & Disney+ Hotstar
Pengarah : Shuhaimi Lua
Penulis Skrip : Dr. Shahremy Ikhmal
Penerbit : Shuhaimi Lua Abdullah
Produksi : Tanah Beris Film Production Sdn. Bhd.

30 hari sebelum raya

Barisan Pelakon

Antara pelakon yang terlibat dalam drama 30 Hari Sebelum Raya ini ialah Kazar Saisi, Liza Abdullah, Sufian Suhaimi, Chaca Maembong, Fahrin Ahmad, Apren Manrose, Mark Adam, Shakilla Khoriri, Ariff Bahran, Shamsul Ghau Ghau, Umar Al-Amsyar, Aida Aris, Adam Mikhail dan ramai lagi.

- advertisement -

Watak Lakonan

  • Kazar Saisi sebagai Pak Jeri
  • Liza Abdullah sebagai Mak Tom
  • Sufian Suhaimi sebagai Harraz
  • Chacha Maembong sebagai Saodah
  • Fahrin Ahmad sebagai Izham
  • Aprena Manrose sebagai Rosnah
  • Mark Adam sebagai Hafiz 
  • Shakilla Khoriri sebagai Hamidah
  • Ariff Bahran sebagai Aiman
  • Shamsul Ghau Ghau sebagai Pak Hamid
  • Aida Aris sebagai Cik Kiah

OST Drama

Lagu Tema : Yang Satu
Penyanyi : Aman Nassim, Red Rahimid, Ariff Peter
Lirik : Pown Hasril, Otromen, Nass, Ariff Peter & Red Rahimad
Komposer : Pown Hasril, Otromen, Nass, Ariff Peter & Red Rahimad

Sinopsis Drama 30 Hari Sebelum Raya

Drama 30 Hari Sebelum Raya mengisahkan tentang keluarga Mak Tun. Keluarganya besar dan Mak Tun ni seorang yang cepat melatah dan membuat andaian sendiri.

Mak Tun selalu laju sehinggakan keputusan yang dia buat selalunya tanpa usul periksa apabila berhadapan dengan apa jua keadaan.

Kali ini, Mak Tun beranggapan suaminya mengidap penyakit kanser tahap 4 dan hanya berbaki 30 hari untuk meneruskan hidupnya.

Mak Tun semakin tertekan kerana Hari Raya bakal tiba dalam tempoh 30 hari ini. Betul ke suami dia penghidapn kanser tahap 4?

Dapatkan Mak Tun berhari raya dengan suaminya? Kalau Nak tahu, kenalah tonton drama ini sehingga habis.

  • 30 hari sebelum raya
  • 30 hari sebelum raya

Waktu Bersiaran

Jangan lupa untuk saksikan drama 30 Hari Sebelum Raya mulai 29 Mac ini, setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 8.30 malam di slot Diandra TV9 dan platform penstriman Disney+ Hotstar.

Anda boleh tonton lebih awal di www.hotstar.com/my atau melalui aplikasi mudah alih dengan melanggan harga RM54.90 untuk tempoh 3 bulan.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here