Slot Akasia diteruskan lagi bagi menggantikan drama Shakira. TV3 akan bawakan sebuah drama tempatan televisyen terbaru berjudul 3 Nota Cinta yang akan mula bersiaran pada 14 Februari 2022.
Sebuah drama terbitan Orangetree Production Sdn. Bhd. dengan arahan Emi Suffian ini bakal menggandingkan buat pertama kali pelakon baru yang sedang meningkat naik, Sharifah Rose bersama pelakon hebat, Ashraf Muslim
Episod : 14
Tayangan : Slot Akasia di TV3 dan iQIYI Malaysia
Pengarah : Emi Suffian
Skrip : Amin Shakib, Ib Nawawi, Adib Zaini, Nana Khalil & Azril Hamzah
Penerbit : Dato’ Sri Jaspal S. Korotana
Produksi : Orangetree Production Sdn. Bhd.


Barisan Pelakon
Antara pelakon yang membintangi dramai ini seperti Ashraf Muslim, Sharifah Rose, Wani Kayrie, Afifah Nasir, Muaz Fitri, Jasper Supayah, Salina Saibi, Aznah Hamid, Zila Bakarin, Dato’ Jalaluddin Hassan Khairul Anwar Aman dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Ashraf Muslim sebagai Zain
- Sharifah Rose sebagai Alisa
- Wani Kayrie sebagai Aini
- Afifah Nasir sebagai Abby
- Zila Bakarin sebagai Sofea
- Jasper Supayah sebagai Zetty
- Salina Saibi sebagai Amy
- Aznah Hamid sebadai Aminah
- Jalaluddin Hassan sebagai Bahar
Sinopsis Drama 3 Nota Cinta
Drama 3 Nota Cinta mengisahkan tentang perhubungan Aminah dan Bahar, pasangan bahagian dan kaitannya dengan cucu mereka iaitu Alisa dan juga seorang pemuda bernama Zain.
Dalam cerita ini ianya tentang ‘Cinderella moden’ yang diterapkan dengan elemen twist dimana Alisa dilayan sedikit berbeza oleh ibu kandungnya, Sofea.
Merasa dirinya lemas dan terseksa dalam rumahnya, Alisa cuba untuk melarikan diri namun dia telah bertemu dengan Zain, seorang jejaka yang menunjukkan erti sebenar cinta sejati.
Didorong oleh rasa benci, Sofea dan dua anak perempuannya, Aini dan Abby cuba untuk memisahkan mereka. Adakah ianya berhasil?
Waktu Bersiaran
Jadi jangan terlepas untuk saksikan drama 3 Nota Cinta setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7.00 malam menerusi slot Akasia di TV3 mulai 14 Februari ini.
Selain itu, ianya juga akan disiarkan di platform penstriman iQIYI Malaysia jam 8.00 malam untuk pengguna VIP pada hari yang sama dan tonton percuma untuk 48 jam selepasnya.