- advertisement -

Jangan lupa saksikan drama Dia Yang Ku Jadikan Suami yang akan menemui penonton mulai 23 November 2022, setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 10.00 malam di slot Megadrama di Astro Ria 104 dan secara online di Astro Go.

Drama yang diinspirasikan daripada novel ‘Dia Yang Ku Jadikan Suami’ karya Rinsya Chasiani ini bersiaran bagi menggantikan Kau Vs Aku sebelum ini. Pada awalnya sepatutnya Cina Buta yang akan disiarkan terlebih dahulu. Tetapi atas sebab-sebab tertentu ianya terpaksa ditangguhkan dan diganti dengan drama ini.

Episod : 13
Tayangan : Slot Megadrama di Astro Ria 104
Tarikh : Mulai 23 November 2022 (Isnin – Khamis)
Waktu : 10.00 Malam
Penulis Skrip : Wan Mahani Wan Hassan
Pengarah : Harris Fadzillah
Produksi : Elite Forsure & Global Station Sdn. Bhd.

Tonton

Pelakon

Antara pelakon-pelakon yang membintangi drama bersiri ini seperti Malek Mccrone, Anna Joblings, Syazlin Zainal, Abby Nadzi, Anne Abdullah, Raja Azmi, Zulkifli Ismail, Sefik, Reza Hasbi, Farah Wahida, Fiza Thomas dan ramai lagi.

- advertisement -

Watak Lakonan

  • Malek Mccrone sebagai Naim Khair
  • Anna Joblings sebagai Naazneen Fatah
  • Syazlin Zainal sebagai Hana
  • Abby Nadzri sebagai Hidayah
  • Anne Abdullah sebagai Hasanah
  • Raja Azmi sebagai Anisah
  • Zulkifli Ismail sebagai Adnan
  • Syefik sebagai Adriz
  • Fiza Thomas sebagai Suann

Sinopsis Drama Dia Yang Ku Jadikan Suami

Drama Dia Yang Ku Jadikan Suami mengisahkan tentang Naazneen yang mempunyai dua personaliti berbeza akibat kisah silam pahit yang menjadikannya sedemikian.

Pertemuan dengan Naim dan akhirnya Naazneen ditolak membuatkan dirinya tercabar sehinggakan dia bertekad untuk menghancurkan hubungan Naim dengan Hidayah. Namun rancangan jahatnya memakan diri sendiri.

Naazneen yang insaf mula berubah menjadi isteri solehah kepada Naim apabila akhirnya mereka disatukan. Namun segala rahsia jahat sebelum ini terhadap suaminya terbongkar.

Disebabkan itulah, tiada siapa sudi mendengar penjelasan dan penyesalan hati Naazneen. Akhirnya adakah Naim dapat menerima Naazneen kembali selepas mengetahu tentang hal sebenar?

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here