Setelah hampir 5 tahun, mereka kini kembali! Ceria Popstar 2021 akan menemui penonton bermula 9 Jun 2021 di Astro Ceria. Untuk musim terbaru ini, ianya merupakan musim ke-5 selepas kali terakhir disiarkan adalah pada tahun 2016.
Ceria Popstar telah bermula pada tahun 2013 dimana Hairul & Leen dinobatkan sebagai juara ketika itu, diikuti Masya (2014), Dayang (2015) dan Jun pada tahun 2016. Untuk 2021 kali ini, 10 peserta akan berentap pula bagi meraih gelaran juara sama seperti peserta-peserta lain sebelum ini.
Program realiti tv, Ceria Popstar ini diadakan bagi mencari dan mencungkil bakat adik-adik yang berumur sekitar 10 hingga 15 tahun dalam bidang nyanyian. Merekalah yang akan memeriahkan lagi serta menjadi pelapis bagi industri tanah air.
Setiap minggu, mereka akan membuat persembahan dihadapan juri melalui konsert minggu bagi peroleh 50% markah daripada juri. Lagi 50% markah adalah daripada undian orang ramai. Nabil Ahmad, Dato AC Mizal, Elly Mazlein dan Ernie Zakri merupakan juri tetap untuk musim terbaru ini dan akan disertai dengan juri jemputan setiap minggu.
Peserta-peserta akan dilatih oleh 3 barisan tenaga pengajar iaitu Hael Husaini, Noryn Aziz dan Mimifly. Mereka akan belajar vokal, teknik nyanyian, persembahan di atas pentas tujuan bagi meraih peratusan dan markah yang baik setiap minggu seterus mengelak daripada tersingkir.
Program Ceria Popstar 2021
Jika musim-musim sebelum ini ada seorang sahaja hos iaitu Nabil Ahmad, untuk musim terbaru ini kita ada 2 hos. Sebab Nabil sudah bergerak sebagai juri, Danial Zaini dan Shiha Zikir akan bergerak sebagai hos pula untuk konsert Ceria Popstar 2021 setiap minggu.


Jadi kalau anda nak tengok persembahan adik-adik ini. Jangan lupa saksikan konsert Ceria Popstar 2021 setiap hari Rabu, jam 9.00 malam di Astro Ceria dan tayangan serentak di Astro Prima. Anda juga boleh saksikan secara On Demand atau menerusi aplikasi Astro Go.
Untuk makluman, Promo dan program Ceria Popstar 2021 telah dirakam ketika PKP dilaksanakan. SOP PKP telah dipatuhi dan penjarakan fizikal tetap dijaga untuk keselamatan semua