Jika anda bercadang untuk tonton pertama kali secara marathon untuk filem-filem Marvel Cinematic Universe (MCU), sebelum tu anda perlu tahu bagaimana cara tonton filem-filem Marvel ini mengikut urutan garis masa yang betul tanpa terikat dengan tahun dikeluarkan.
Filem Marvel telah bermula dengan tayangan Fasa 1 dan Fasa 2 bermula tahun 2008 sehinggalah 2019. Kesemua filem-filem ini adalah bersankut paut antara satu sama lain sehinggalah bertemu pada filem Avenger: Infinity War dan Endgame. Dalam waktu tempoh 10 tahun ini juga, terdapat pelbagai filem Marvel yang difilemkan tetapi tidak mengikut timeline yang betul walaupun ianya berkaitan antara satu sama lain.
BACA : Berita Baik! Justice League Snyder Cut Akan Ditayangkan Di Malaysia Melalui HBO GO
Filem Marvel ini mengandungi 4 fasa dan Fasa 1 dan Fasa 2 baru sahaja selesai dengan tayangan post-endgame iaitu pada filem Spider-Man: Far From Home. Manakala untuk filem pertama MCU adalah daripada Iron Man pertama yang ditayangkan pada 2008.
Jika anda pernah mengikut kesemua filem ini ketika ditayangkan, anda boleh nampak perbezaan garis masa. Kadang ada zaman moden, kadang ada zaman lama seperti di dalam Captain America: The First Avenger dan juga Captain Marvel dan pelbagai lagi.
Pernah terfikir tak, kan best kalau dapat tonton filem-filem ini dengan mengikut urutan dengan garis masa yang betul iaitu bermula daripada tahun yang lama sehinggalah tahun yang baru. Jadi jangan risau, dibawah ini akan disenaraikan dan juga anda boleh tonton filem Marvel mengikut urutan dan barulah anda boleh mula marathon selepas ini.
Tonton Filem-Filem Marvel Mengikut Urutan
Kesemua filem MCU pada Fasa 1 dan Fasa 2 ini mempunyai 23 filem yang melibatkan semua Superhero yang ada di dalam Avenger: Endgame dan Avenger: Infinty War. Ianya bermula sebelum Perang Dunia Ke-2 sehinggalah filem selepas-Endgame. Jom tengok senarai mengikut urutan dan garis waktu dalam filem ketika itu.
- Captain America: The First Avenger (berlaku sebelum Perang Dunia Ke-2)
- Captain Marvel (berlaku dalam tahun 1995)
- Iron Man (berlaku dalam tahun 2010)
- Iron Man 2 (berlaku dalam tahun selepas Iron Man)
- The Incredible Hulk (tiada masa khusus, pre-Avengers)
- Thor (berlaku dalam tahun 6 bulan sebelum Avengers)
- The Avengers (berlaku dalam tahun 2012)
- Iron Man 3 (berlaku dalam tahun 6 bulan selepas The Avengers)
- Thor: Dark World (post-Avengers, pre-Ultron)
- Captain America: Winter Soldier (post-Avengers, pre-Ultron)
- Guardians of the Galaxy (berlaku dalam tahun 2014)
- Guardians of the Galaxy Vol. 2 (Selepas Guardians)
- Avengers: Age of Ultron (berlaku dalam tahun 2015)
- Ant-Man (berlaku dalam tahun 2015)
- Captain America: Civil War (post-Ultron, pre-Infinity War)
- Spider-Man: Homecoming (post-Civil War, pre-Infinity War)
- Doctor Strange (berlaku dalam tahun 2016)
- Black Panther (berlaku dalam tahun 2017)
- Thor: Ragnarok (post-Ultron, pre-Infinity War)
- Avengers: Infinity War (berlaku dalam tahun 2017)
- Ant-Man and The Wasp (berlaku dalam tahun 2017)
- Avengers: Endgame (Bermula tahun 2017 dan berakhir tahun 2022)
- Spider-Man: Far From Home (post-Endgame)
sumber : techradar