- advertisement -

Jika anda ingin tonton dan strim secara online drama Kampung People 2, anda boleh layari laman web www.iq.com atau melalui aplikasi iQIYI secara percuma. Tiada tv takpa, tonton secara online sahaja.

Kampung People 2 merupakan kesinambungan daripada Kampung People musim pertama sebelum ini. Drama melayu yang mendapat sambutan yang hangat daripada penonton. Disebabkan itulah, pengarah, Wan Hasliza Wan Zainuddin tekad untuk sambung Kampung People untuk musim kedua pula. Yang pastinya lebih lucu dengan kehadiran beberapa tawak baru.

Sinopsis Kampung People 2

Kampung People 2 masih mengekalkan barisan pelakon yang sama dan beberapa pelakon dan watak baru. Antara barisan pelakon ialah Rashidi Ishak, Elly Mazlein, Riena Diana, Kamarul Eqisfshah, Hun Haqeem, Razak Ahmad, Adibah Noor, Fizz Fairuz, Shah Kimin, Namron dan ramai lagi.

kampung people

Razif (Rashidi Ishak) membawa isterinya Mona (Elly Mazlein) dan anak-anak mereka kembali ke kota. Kos sara hidup yang tinggi di bandar menjadikan Razif berjuang untuk mengekalkan gaya hidupnya. Laila, yang merindui Jaafar yang tinggal di kampung, berjaya meyakinkan ayahnya untuk kembali ke kampung mereka tetapi Mona enggan ikut. Razif dan Laila menipu Mona untuk mempercayai hidup mereka dalam bahaya dan perlu kembali ke kampung.

- advertisement -

Kali ini pastinya lebih teruja apabila watak baru yang dipegang boleh Adibah Noor sebagai ibu Mona iaitu Dona. Apalah nasib dan keluarga mereka kali ni kan?

BACA : TONTON SEMULA DRAMA HEBAT 7 HARI MENCINTAIKU SECARA ONLINE DI IQIYI

Waktu Tayangan

Drama Kampung People akan ditayangkan setiap rabu hingga khamis di TV3 melalui slot Lestary jam 9 Malam. Episod 1 akan bermula pada 17 September (khamis) ini untuk 14 episod. Selain daripada tonton di TV3, anda juga boleh strim semua episod secara online melalui laman web www.iq.com atau menerusi aplikasi iQIYI secara percuma.

Cara Tonton Kampung People 2 Menerusi Aplikasi iQIYI

Anda boleh strim secara online di www.iq.com menggunakan komputer atau melalui aplikasi iQIYI menggunakan smartphone android dan iOS. Anda boleh dapatkan akaun VIP secara percuma untuk 3 hari jika anda daftar akaun iQIYI menggunakan emel.

Jika sudah, anda boleh sign in dan terus tonton kandungan drama dan filem yang ada di dalam aplikasi iQIYI tersebut. Jika anda berminat akaun VIP lebih lama, anda boleh langgan serendah RM8.90 sebulan. Boleh strim tanp iklan, semua kandungan dengan kualiti HD.

Tonton Semua Episod Drama Kampung People 2

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here