- advertisement -

Anda mungkin biasa kalau nak tengok Astro kena on TV guna remote TV dan on Astro guna remote Astro. Apa kata selepas ini, guna sahaja remote Astro untuk on TV anda dan dalam masa yang sama on Astro juga.

1 remote untuk 2 fungsi iaitu TV dan Astro.

Astro tidak boleh tidak, mesti dipasangkan di Televisyen walau jenis apa pun melainkan anda menggunakan Astro GO. Dekoder Astro yang diberi boleh dipasangkan sama ada menggunakan sambungan audio/video iaitu 3 kabel (biru, merah, putih) berwarna atau menggunakan sambungan HDMI yang pastinya lebih baik kerana mampu menggunakan sumber High Definition (HD).

Jadi bila ianya sudah disambung dengan TV, maka anda akan menggunakan 2 remote untuk kawal on/off dan alih siaran iaitu remote TV dan remote Astro. Bagaimana jika alat kawalan jauh TV anda hilang atau rosak, dah tak boleh on TV dan tengok Astro kan.

- advertisement -

BACASenarai Peserta Gegarvaganza Musim Ke-7 Untuk Tahun 2020

Jangan risau, apakata anda sambungkan sahaja remote Astro anda tersebut dengan TV anda. Akhirnya anda boleh on TV dan Astro hanya menggunakan remote Astro sahaja. Jom tengok cara sambungan ini supaya tak perlu lagi guna banyak remote dalam 1 masa.

Cara Kawal TV Dan Astro Hanya Menggunakan Remote Astro.

Cara Kawal TV Dan Astro Menggunakan Remote Astro

Terdapat 2 cara untuk anda tetapkan sambungan ini iaitu menggunakan secara manual dan juga disediakan secara automatik melalui Astro anda sendiri. Bila sudah bergabung, boleh kawal volume, on/off TV, mute, butang AV dan nombor. 

Cara Manual

Cara ini boleh digunakan untuk semua remote Astro dan juga jenama TV. Jadi terlebih dahulu, pastikan jenama TV anda sebelum mulakan cara ini. Kesemua risiko adalah tanggungjawab sendiri.

1.  Talakan remote Astro ke TV anda

2.  Tekan lama-lama butang “OK” dan “TV” serentak sehingga lampu LED berkelip 2 kali dan lepaskan

Cara Kawal TV Dan Astro Hanya Menggunakan Remote Astro.

3.  Kemudian tekan 4 kod nombor mengikut jenama TV anda (dapatkan senarai dibawah)

Cara Kawal TV Dan Astro Hanya Menggunakan Remote Astro.

4.  Jika sudah berjaya masukkan kod nombor tersebut, sekali lagi lampu LED akan berkelip 2 kali menandakan telah berjaya sambungkan remote Astro dengan TV. Jadi boleh kawal TV anda menggunakan remote Astro sahaja lepas ni. Remote TV boleh simpan.

Kod Nombor Mengikut Jenama TV

Jika tidak berjaya pada kod pertama, guna kod seterusnya

SAMSUNG

0060 0812 0618 0178 0587 0009 0093 0556 1235 0108 0037 0217 0264 0370 0072 0156 1208 0766 0814 0216 0290 0821 0163

SONY

1825 1505 0011 1651 0036 0650 1010 0037 0056 0093 0170 0074

PHILIPS

0037 0556 1744 0772 1246 1304 0178 0108 0195 0087 0374 0760 0343 0595 0009 0200 0361 1521

PANASONIC

0650 0226 1650 1636 0108 1310 0037 0556 0163 1208 0508 0896 0361 0853 1335 0367 0516 0548 0001

TOSHIBA

1508 0508 0060 0009 0714 0036 0156 1656 0070 0093 2060 0264 1935 0412 1164 0618 1582 0650 0821 1704 0217 0109 1457 1916 1908 0698 0037 0736 1556 1037

LG

1423 0001 0178 0037 0556 0876 0370 1768 0377 0009 0714 0060 0217 0108 0216 0290 0163 0606 0109 0689 0715 0823 0829 1556 1191 0247 0367 1681 1539

PIONEER

1260 0760 0011 1070 1457 0698 0109 0037 0287 0556 0428 0370 0343 0361 0486 0512

SHARP

0093 0009 1393 0036 0491 0818 0256 1819 0650 0294 0653 0412 0516 0200 0760 2214

JVC

0653 1818 0036 1153 0606 1653 0371 0508 0731 0683 0192 0218 0418 0093 0650

HISense

0848 0208 0009 0145 0156 0227 0508 0696 0748 0753 0821 1170 0780

Haier

0698 0869 0264 0768 0779

Jika tiada dalam senarai, anda boleh lihat senarai lain di Sky Best TV

Cara Reset Semula Remote Astro

Tetapi jika anda tidak mahu sambungkan, anda boleh reset semula seperti biasa. Talakan remote Astro ke TV dan tekan lama-lama butang “OK” dan “TV” serentak sehingga lampur LED berkelip. Kemudian tekan butang “977″. Selesai! Remote kembali seperti asal.

Cara Automatik (Melalui Ciri Yang Disediakan Pada Dekoder PVR Astro)

Langkah seterusnya adalah lebih mudah kerana anda tak perlu pun masukkan kod. Anda hanya perlu tekan butang yang disediakan di remote Astro sahaja.

1.  Talakan remote Astro ke TV dan tekan butang “Set TV”

Cara Kawal TV Dan Astro Hanya Menggunakan Remote Astro.

2.  Kemudian perhatikan pada skrin TV anda. Jari jenama TV anda dan tekan butang seperti yang ditunjukkan.

Cara Kawal TV Dan Astro Hanya Menggunakan Remote Astro.

3.  Jika sudah tekan, TV secara automatik akan terpadam dengan sendiri sekejab yang menunjukkan remote Astro kini boleh mengawal Astro dan TV anda.

4.  Jika ingin kembali kepada asal, anda boleh reset seperti yang ditunjukkan cara di atas.

sumber : hellokerja

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here