- advertisement -

Kalau anda pengguna baru iQIYI dan anda bercadang untuk dapatkan akaun premium. Anda boleh ikuti sini cara melanggan akaun VIP dengan mudah sahaja.

Nampaknya sebuah lagi platfrom penstriman semakin meningkat naik di Malaysia iaitu iQIYI. Biasanya kita dengar Netflix, iFLIX atau Viu dan kali ini iQIYI pula yang lebih fokuskan kepada kandungan Asia dan Asia Tenggara.

Berbeza dengan Netflix, iQIYI masih terkandung kandungan percuma tanpa anda melanggan akaun VIP secara bulanan. Tapi pastinya ada beberapa kemudahan dihadkan kepada pengguna percuma ini.

BACA : Cara Tonton Dan Strim Drama Kampung People 2 Di Aplikasi iQIYI Secara percuma

- advertisement -

Jika dilihat, antara kelebihan mempunyai akaun VIP di iQIYI adalah :

  • Dapat akses sehingga 4 peranti serentak
  • Tiada gangguan iklan
  • Boleh download kandungan dan tonton secara offline
  • Dapat tonton dengan kualiti 1080p atau High Definition (HD)
  • Dapat akses kandungan VIP (tontonan free user adalah terhad)

Jadi jika anda berminat untuk melanggan, anda boleh ikuti langkah dan cara dibawah untuk langgan akaun VIP.

Cara Langgan Akaun VIP Di iQIYI

Bagi yang buat pertama kali melanggan, iQIYI menawarkan langganan sebulan serendah RM1.90/sebulan untuk akaun standard dan RM16.90/sebulan untuk akaun premium. Yang membezakan 2 jenis akaun ini adalah standard (hanya 2 peranti serentak) manakala premium (4 peranti serentak)

Harga langganan akaun VIP

StandardPremium
*RM1.90/sebulan atau RM8.90/sebulan*RM16.90/sebulan atau RM23.90/sebulan
RM23.90/3 bulanRM45.90/3 bulan
RM87.90/setahunRM169.90/setahun
*selepas sebulan, anda perlu membayar harga asal semula

Langkah 1 : Download aplikasi iQIYI terlebih dahulu atau menerusi www.iq.com

Langkah 2 : Anda perlu Sign Up terlebih dahulu menggunakan emel atau nombor telefon. Guna emel lebih senang. Masukkan semua maklumat yang diperlukan dan akhirnya dapatkan kod verifkasi daripada emel yang dihantar oleh iQIYI

Langkah 3 : Pergi pada tab profile dan klik pada First month VIP promo for new users

akaun vip

Langkah 4 : Disini anda boleh pilih yuran secara bulanan atau 3 bulan atau setahun. Untuk permulaan ini, anda pilih sahaja pakej Standard dengan harga RM1.90/sebulan.

akaun vip

Langkah 5 : Kemudian pilih cara bayaran yang anda selesa. Disini kami menggunakan cara bayaran kad debit sahaja. Kami menggunakan kad BigPay. Dah pilih, klik Purchase Now

Langkah 6 : Masukkan maklumat kad debit anda seperti biasa dan buat bayaran sehingga selesai.

akaun vip

Langkah 7 : Selesai! Kini anda boleh nikmat akaun VIP (Standard) secara sebulan. Anda boleh akses semua kandungan VIP tanpa sebarang gangguan iklan.

- advertisement -

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here