Saksikan telefilem Bintang GV Dikejar Zombie yang akan menemui penonton pada hari Sabtu, 14 Mei 2022 pada pukul 9.00 malam menerusi slot Citra Exclusive di Astro Citra dan online Astro Go.
Tayangan : Slot Citra Exclusive di Astro Citra
Waktu : 14 Mei 2022 (Sabtu)
Masa : 9.00 Malam
Idea Asal : Marr Mohamad
Pengarah : Jamal Khan
Penulis Skrip : Hafeezul Yob
Produksi : Zeel Production Sdn. Bhd.
Pelakon
Antara pelakon dan artis Gegar Vaganza (GV) yang membintangi telefilem ini ialah Yassin (SaYa), Suki Low, Bandi Amuk, Fauzi Yusoff, Nina Smith, Mosen Nadzli, Marc Syahmie, Iman Aneesa dan ramai lagi
Sinopsis Telefilem Bintang GV Dikejar Zombie
Telefilem Bintang GV Dikejar Zombie mengisahkan tentang 3 bintang Gegar Vaganza iaitu Yassin daripada duo Sa.Ya, Suki dan Bandi Amuk yang ingin menuju ke sebuah kampung untuk membuat sebuah persembahan khas hari raya.
Malangnya dalam perjalanan, segalanya berubah apabila 3 bintang GV tersebut dikejar zombie di dalam kampung itu yang berkeliaran. Mampukah mereka menyelamatkan diri?