Justice League Snyder Cut Akan Ditayangkan Di Malaysia Melalui HBO Go

Selain berita baik dengan tayangan Justice League versi Synder Cut, ada lagi berita baik untuk rakyat Malaysia khususnya dimana tayangan filem itu bukan sahaja untuk penduduk US tetapi akan ditayangkan juga di Malaysia iaitu melalui aplikasi HBO GO.

Berita ini diumumkan sendiri pihak HBO Asia melalui akaun twitter dimana Justice League Synder Cut akan ditayangkan di Asia termasuk Malaysia dan beberapa negara yang menerima rangkaian HBO GO. Sebelum ini, ianya dilaporkan akan mula ditayangkan pada tahun 2021.

You guys made this happen. ✨ Justice League @SnyderCut will be available on HBO GO in Asia!!!!! pic.twitter.com/P8VNEyT3JX

— HBO Asia (@HBOAsia) August 25, 2020

Pada awal pengumuman Justice League versi Synder ini, ianya hanya akan ditayangkan platform striming HBO Max yang mana hanya boleh diakses di beberapa negara sahaja seperti Amerika Syarikat.

Pada sebuah acara DC FanDome berkaitan filem ini, pengarah tersebut, Zack Snyder sendiri memberitahun yang mana mereka sedang berusaha untuk membawa filem versi beliau sendiri ini luar daripada US dan tiba-tiba sahaja, HBO Asia juga umumkan berita tersebut. Jadi serba sedikit, terpaliklah bagi negara Malaysia.

Dalam acara yang sama juga, beliau mempertontonkan teaser trailer pertama Justice League Synder Cut yang menunjukkan watak baharu seperti Darkseid, Iris West, dan juga cerita yang lebih panjang berkaitan Cyborg.

Amacam, menarik tak teaser trailer ni? Boleh la tengok tahun 2021 nanti kan.

HBO GO

Jika anda pengguna Astro dan subscribe saluran HBO, anda boleh dapatkan akses dan strim secara percuma HBO GO. Jika tidak, anda boleh boleh subscribe dengan harga RM34.90/bulan dengan download HBO GO di PlayStore atau AppStore
sumber : kakuchopurei

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here