- advertisement -

Telefilem santai dihujung minggu, anda boleh tonton Balik Kampung Tak Lonely Lagi dengan menampilkan lakonan yang cukup baik daripada Andi Bernadee.

Mendapat komen positif daripada penonton apabila Andi Bernadee yang membawa bawak watak Megat di dalam telefilem ini yang happy go lucky. Rata-rata peminat boleh terima dengan watak dan lawak yang dibawa oleh beliau di dalam lakonan.

BACASebuah lagi Telefilem Hebat Daripada TV3. Tonton Dan Strim Kasih Tau Foo Fah

Telefilem ini menampilkan dengan genre seram komidi yang menampilkan beberapa lagi pelakon hebat bagi menyerikan dengan watak masing-masing. 

- advertisement -

Drama : Slot Cerekarama TV3
Pengarah : Shuhaimi Lua
Pelakon : Andi Bernandee, Mas Idayu, Shamsul Ghau Ghau, Nik Adam Mika, Raja Azmi, Shah Hazvee, Wanns Ahmad, Ady Mohammad, Roy Azman

Balik Kampung Tak Lonely Lagi. Lakonan Bersahaja Daripada Andi Bernadee

Sinopsis Balik Kampung Tak Lonely Lagi

Megat, anak Manja, suka menyendiri, suka layan movie hantu, terpengaruh dengan cerita itu sampai mempengaruhi hidupnya. Orang harapan ditempat kerja tapi suka curi tulang. Megat, balik ke kampung, bercuti bersama maknya. Dia seorang yang selalu buruk sangka, menjengkelkan, dan sering memberi komen ‘bitter’ terhadap gambar pasangan bercinta di laman sosial.

Jalan cerita bermula apabila Mega ingin pulang ke kampung dan sepanjang perjalanan Megat diganggu oleh 2 ‘hantu’ yang sering mengikutnya sehingga ke kampung. Sepanjang perjalanan tersebut, pelbagai perkara yang menghantuinya bersama 2 ‘hantu’ tersebut.

Tiba-tiba berlaku kemalangan apabila Megat terhantuk dengan pintu van dan sedar-sedar Megat sudah sampai ke rumah maknya di kampung. Tidak disangka 2 ‘hantu’ tersebut juga mengikutnya sampai ke rumah.

Jadi betul ke tu hantu? Kenapa ikut balik sampai ke kampung? Anda kena tengok cerita ini untuk ketahui kesemuanya.

Telefilem Balik Kampung Tak Lonely Lagi ini telah bersiaran melalui slot Cerekerama TV3 pada hari Sabtu, jam 9 malam. Jika terlepas, anda boleh tonton di Youtube Drama Sangat secara percuma atau klik pautan dibawah.

Tonton Balik Kampung Tak Lonely Lagi

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here