Disebabkan kita semua terpaksa berkurung di dalam rumah sepanjang Raya Aidilfitri kali ini disebabkan PKP, tapi jangan risau! Ini Kerana Awesome TV akan membawakan filem-filem menarik untuk tontonan anda sepanjang raya ini.
Awesome TV akan pastikan semua penonton dapat nikmati cerita-cerita hebat bersama rakan atau keluarga dirumah dengan seleksi filem-filem pecah panggung.
BACA : Senarai Drama Melayu Yang Anda Boleh Tonton Di Aplikasi iQIYI
Kali ini, akan dibawah beberapa filem menarik antaranya adalah Abang Long Fadil, Abang Long Fadil 2, KL Special Force, Sembilu dan Sembilu II.
Tayangan Filem Hebat Sepanjang Raya Di Awesome TV
Abang Long Fadil yang menampilkan zizan sebagai Fadil sebagai pelakon utama akan bertemu anda pada Hari Raya Pertama, Khamis, 13 Mei 2021 jam 10.00 malam.
Pada keesokannya, anda boleh tonton pula sambungan menerusi Abang Long Fadil 2 yang ditayangkan pada Hari Raya Kedua, hari Jumaat, 14 Mei 2021 pada pukul 9.00 malam.


Tayangan hebat diteruskan lagi dengan filem KL Special Force yang merupakan arahan Syafiq Yusof dengan barisan pelakon seperti Rosyam Nor, Fattah Amin dan Syamsul Yusuf. Filem ini akan ditayangkan pada Hari Raya Ketiga, iaitu hari Sabtu, 15 Mei 2021 jam 3.00 petang.
Menerusi slot Istimewa Retro, Awesome TV membawakan Sembilu dan Sembilu II untuk tontonan orang ramai. Sembilu boleh disaksikan pada hari Sabtu, 15 Mei jam 6.00 petang manakala Sembilu II pada hari Ahad pada waktu yang sama iaitu 6.00 petang.


Kesemua filem ini akan ditayangkan menerusi Awesome TV di saluran Astro 123 dan MyTV 112. Untuk malumat lanjut, boleh layari sosial media Awesome TV atau di laman web www.awesometv.my