Zaman kini orang ramai lebih sukakan platform video streaming yang boleh dintonton pada bila-bila masa. Kini Astro pula telah mengeluarkan sebuah lagi platform penstriman yang diberi nama Sooka yang telah dilancarkan secara rasmi pada 8 Jun 2021.
Sooka yang diambil daripada perkataan ‘suka’ menawarkan kandungan percuma dan berbayar. Kali ini ianya lebih fokus kepada kandungan sukan, program tv, filem dan drama tempatan serta kandungan eksklusif daripada Sooka sendiri.


Walaupun ianya dikeluarka oleh Astro, tetapi ianya berbeza dengan aplikasi Astro Go. Anda boleh menggunakan atau langgan Sooka tanpa memerlukan akaun Astro pun.
Platform Penstriman Sooka
Setakat ini, selain tontonan percuma, Sooka menawarkan 2 pakej iaitu VIP Entertainment dan VIP+Sports
- Plan VIP Entertainment – RM15.90/sebulan
- Plan VIP + Sporst – RM41.90/sebulan. Promosi untuk waktu terhad dengan harga RM15.90/sebulan untuk 3 bulan


Kandungan Sooka
Live TV
Sooka menawarkan 7 saluran live TV yang rata-ratanya adalah daripada saluran Astro juga seperti KBS World, TvN, Astro Arena, Astro Awani, eGG Network dan saluran sukan. Setakat ini, hanya ini saluran live tv yang disediakan.


Kandungan On Demand
Seperti yang diberitahu pada awalnya, Sooka menawarkan kandungan percuma dan berbayar. Dengan aplikasi ini, anda boleh tonton kandungan drama melayu tempatan yang popular di Astro seperti Project: Anchor SPM, The Maid, drama Rindu Awak Separuh Nyawa, Scammer, All Together Now Malaysia dan banyak lagi. Anda boleh tonton secara On Demand tetapi rata-ratanya anda perlukan langganan VIP.


Jika anda langgan VIP + Sports, sama seperti VIP Entertainment tetapi anda diberi akses untuk kandungan sukan seperti EURO 2020, English Premier League (EPL), BWF World Championships dan banyak lagi.
Download Aplikasi Sooka
Setakat ini Astro mengumumkan hanya menawarkan tayangan kandungan Sooka melalui aplikasi telefon pintar sahaja. Jadi anda boleh download menerusi Play Store atau App Store. Anda juga boleh strim melalui website Sooka di sooka.my untuk ketahui info lanjut