- advertisement -

Nama Mamat Khalid nampaknya kini kembali dibual-bual oleh peminat filem tempatan apabila beliau telah kongsikan beberapa klik video menerusi karya terbaru beliau Kampung Pisang Bersiri-Siri.

TV siri ini akan menemui penonton pada 7 Disember 2020 di Astro Citra dengan 12 episod kesemuanya. Kata Mamat Khalid sendiri, tv siri ini bergenre seram komedi dan juga merupakan prequel kepada filem-filem beliau sebelum ini.

Jadi sebelum sampai ke tayangan perdana, bagi ‘menghairahkan’ lagi penonton, Astro belanja pengguna setia Astro beberapa hasil karya Mamat Khalid yang pernah ditayangkan di pawagam dan melalui Astro juga.

- advertisement -

Senarai Karya Mamat Khalid Di Astro Citra

Anda boleh tonton kesemua kandungan Karya Mamat Khalid ini melalui Astro Go dan Astro On Demand pada bila-bila masa sahaja. Jika anda pengguna Astro dan masih tiada akaun Astro Go, pergi cepat daftar secara percuma sahaja.

BACA : Info Dan Cara Daftar Astro Go Untuk Tahun 2020

Dalam slot Movies (Karya Mamat Khalid) ini terkandung 9 filem dan telefilem yang anda boleh tonton. Caranya, anda Sign In terlebih dahulu akaun Astro GO samada di melalui aplikasi atau website Astro Go. Kemudian klik pada tab Movie dan cari kategori Karya Mamat Khalid. Pilih sahaja. Antara yang tersenarai :

  • Zombi Kampung Pisang 
  • Man Laksa
  • Hantu Kak Limat Balik Rumah
  • Rock
  • Rock Oo: Rimba Bara Kembali
  • Rock Bro!
  • Rombongan Cik Kiah Ke Kelana Jaya
  • 16 Puasa
  • 17 Puasa

Sambil duduk rumah sepanjang pandemik ini, boleh gelak ketawa dengan filem-filem arahan Mamat Khalid ini yang mana sudah sampai level evergreen la. Boleh ditonton selalu.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here