Ini pastinya berita yang menggembirakan untuk peminat drama melayu tempatan terutamanya mereka yang mengikuti karya tulisan penulis novel profilik negara, Siti Rosmizah apabila Astro akan bawakan 4 drama adaptasi bermula 4 Mac hingga tahun 2023 kelak.
Pihak Astro telah mengumumkan kolaborasi dan kerjasama jangka panjang dengan SR One Sdn. Bhd. dimana penonton bakal menyaksikan empat buah novel Siti Rosmizah akan diadaptasi sebagai drama di Astro.
Seperti yang diumumkan, drama adaptasi tersebut adalah daripada novel Jangan Menangis Cinta yang bakal bersiaran pada bulan Mac ini, Andai Itu Takdirnya 1, Andai Itu Takdirnya 2 serta Takdir Itu Milik Aku. Ianya merupaakn antara naskah atau novel-novelnya yang terlaris.
Garapan naratif Siti Rosmizah yang berpaksikan pergolakan emosi merupakan kekuatan novelis tersebut yang mampu menarik minat penonton-penonton untuk mengikuti drama-drama beliau disamping watak-watak yang dihasilkan seringkali trending di media sosial.
Drama Adaptasi Novel Siti Rosmizah Di Astro
Sebenarnya drama adaptasi daripada novel nukilan Siti Rosmizah di platform Astro bukanlah sesuatu yang baru terutamanya bagi peminat-peminat drama melayu tempatan. Jika dilihat sebelum-sebelum ini drama-drama beliau menunjukkan pencapaian rating tinggi yang konsisten.


Ini termasuk Lafazkan Kalimah Cintamu yang telah menjadi Drama Top Rated untuk tahun 2018 dan Curi-Curi Cinta pula menjadi drama yang mencapai rating tertinggi untuk tahun 2019.
Bukan itu sahaja, drama Rindu Awak Separuh Nyawa menjadi drama yang memperoleh rating tertinggi untuk tahun 2021 jika dibandingkan dengan drama lain yang ditayangkan ketika itu.
BACA : Drama Rindu Awak Separuh Nyawa Ditambah Lagi 8 Episod
Diharapkan selepas ini, selepas ini seleksi karya Siti Rosmizah terus mampu menarik ramai lagi peminat-peminat drama ke platform Astro. Mereka pastinya menjanjikan kepuasan yang maksimum dengan kualiti produksi, arahan dan lakonan yang unggul.
Tak sabar kan beberapa lagi drama akan ditayangkan di Astro tidak lama lagi.