- advertisement -

Akhirnya selepas beberapa bulan ditunda, hari ini pihak produksi mengumumkan Anugerah MeleTOP Era akan disambung semula dan berlangsung pada 20 Disember 2020.

Pengumuman ini dibuat sendiri oleh hos AME2020 iaitu Jihan Muse melalui video call bersama pengacara MeleTOP, Nabil Ahmad dan Elly Mazlein. Inilah berita yang ditunggu-tunggu selepas perkongsian yang dibuat pada bebera minggu sebelum ini dengan ‘pengumuman khas’.

BACA : Saluran TV Pendidikan Kini Ada 3 – TV Okey, Astro Dan NTV7

Untuk maklumat, Anugerah MeleTOP Era 2020 sepatutnya dijadualkan berlangsung pada 12 April 2020 di Axiata Arena. Tetapi disebabkan pandemik COVID-19 sekali gus Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini bermula pada 18 Mac 2020, AME2020 terpaksa ditunda.

- advertisement -
anugerah meletop era

Anugerah MeleTOP Era 2020

Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME2020) akan berlangsung semula pada hari Sabtu, 20 Disember 2020 jam 9 malam yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Seperti yang diumumkan, AME2020 akan dihoskan oleh Nabil Ahmad, Jihan Muse bersama Alif Satar dengan tema #YangEpikYangLegend

Anugerah MeleTOP Era 2020 tahun ini mempertandingkan 15 kategori antaranya lagu MeleTOP Era, Penyanyi MeleTOP Era, Filem MeleTOP, Hos MeleTOP, Grup/Duo MeleTOP ERA, Drama MeleTOP, Program MeleTOP dan banyak lagi.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here