Bagi yang merindui gandingan Amar Bahrin dan Amyra Rosli, kini anda boleh tonton semula drama Cemburu Seorang Perempuan melalui platform pentstriman IQIYI secara percuma.
BACA : Tonton Semula Drama Hebat 7 Hari Mencintaiku 2 Secara Online Di IQIYI
Drama Cemburu Seorang Perempuan ini pernah ditayangkan di Astro pada Oktober 2019 yang lepas. Sudah pastinya mendapat sambutan yang baik daripada penonton lagi-lagi barisan pelakon yang hebat seperti Amar Bahrin, Amyra Rosli dan Emma Maembong.
Drama ini merupakan adaptasi novel dengan tajuk yang sama daripada hasil karya Siti Hazneza yang diterbitkan pada 2003.
Cemburu Seorang Perempuan merupakan arahan daripda Eyra Rahman dengan dibintangi oleh para pelakon seperti Emma Maembong, Amyra Rosli, Amar Baharin sebagai Zikri, Fauzi Nawawi, Lisdawati, Amir Nafis, Sabrina Ali, Mior Darwish dan ramai lagi.
Jika anda belum tonton atau ingin tonton semula untuk drama Cemburu Seorang Perempuan bagi kesemua 20 episod, anda boleh pergi ke laman web IQIYI www.iq.com atau tonton menerusi aplikasi IQIYI.
Sinopsis Drama Cemburu Seorang Perempuan
Zikri (Amar Baharin) dan Dhiya (Amyra Rosli) berkawan rapat sejak mereka sekolah lagi. Keakraban mereka membuatkan keluarga Zikri kurang menyenangi hubungan tersebut kerana Dhiya berasal dari keluarga yang bukan berada. Keluarga Zikri berpindah ke Kuala Lumpur dengan tujuan untuk memisahkan mereka.
Zikri kemudian berkahwin dengan Emilia (Emma Maembong). Hidup mereka bahagia tetapi setelah Emilia mengalami keguguran anak pertama mereka, Emilia disahkan tidak boleh mengandung lagi. Disebabkan itu, Emilia mahu Zikri mengahwini sahabat baiknya, Dhiya untuk melahirkan anak mereka dengan kaedah ibu tumpang. Namun Emilia menyuruh agar Dhiya merahsiakan perjanjian tersebut daripada pengetahuan keluarganya.
Bagaimanapun, anak pertama yang dilahirkan Dhiya mengalami kecacatan dan Emilia tidak dapat menerima keadaan bayi tersebut lalu memaksa Dhiya mengandung sekali lagi. Bermula kelahiran anak kedua Dhiya dan Zikri membuatkan emosi Emilia menjadi semakin semakin tidak stabil dan mula mencemburui dan mendendami Dhiya.
Ditambah lagi dengan hasutan kakaknya, Nad yang dalam diam menyimpan perasaan iri hati akan kebahagiaan adiknya itu. Bagaimanakah kesudahan kisah cinta tiga segi diantara Dhiya, Zikri dan Emilia? Berjayakah Emilia mengawal emosi dan perasaan cemburunya terhadap Dhiya?
Tonton Semua Episod Drama Cemburu Seorang Perempuan
Cemburu Seorang Perempuan Episod 1
Cemburu Seorang Perempuan Episod 2
Cemburu Seorang Perempuan Episod 3
Cemburu Seorang Perempuan Episod 4
Cemburu Seorang Perempuan Episod 5
Cemburu Seorang Perempuan Episod 6
Cemburu Seorang Perempuan Episod 7
Cemburu Seorang Perempuan Episod 8
Cemburu Seorang Perempuan Episod 9
Cemburu Seorang Perempuan Episod 10
Cemburu Seorang Perempuan Episod 11
Cemburu Seorang Perempuan Episod 12
Cemburu Seorang Perempuan Episod 13
Cemburu Seorang Perempuan Episod 14
Cemburu Seorang Perempuan Episod 15
Cemburu Seorang Perempuan Episod 16
Cemburu Seorang Perempuan Episod 17
Cemburu Seorang Perempuan Episod 18
Cemburu Seorang Perempuan Episod 19
Cemburu Seorang Perempuan Episod 20 (Episod Akhir)