Sebuah program terbaru Astro bakal cetus fenomena! Bermula 6 Jun ini, Astro akan membawakan program realiti tv, All Together Now Malaysia (ATNM) yang akan bersiaran di Astro Ria.
All Together Now Malaysia bakal melahirkan bintang atau penyanyi terbaru tanah air. Selepas berjaya dalam ujibakat, kini mereka akan berhadapan dan diadili oleh barisan juri. Tampak lebih menarik, bukan 3-4 bilangan tetapi sehingga 50 juri dengan pelbagai bidang yang mereka ceburi.
BACA : Senarai 50 Juri All Together Now Malaysia
ATNM merupakan program adaptasi daripada United Kingdom All Together Now terbitan BBC One. Ianya begitu popular sehingga sudah banyak negara yang mengadaptasi program tersebut untuk negara masing-masing termasuk negara Malaysia.
All Together Now Malaysia Mula Bersiaran Pada 6 Jun 2021
Program ini akan berlangsung selama 10 minggu dengan pelbagai peserta yang turut serta sama ada secara individu, duo atau berkumpulan. Nyanyian mereka akan diadili oleh 50 juri yang terdiri daripada penyanyi, pelakon, pelawak, komposer, penyampai radio dan influencer.
Sepanjang tempoh ini, Sherry Al-Hadad akan bertanggungjawab sebagai pengacara dan seorang ketua juri atau kapten dilantik daripada 50 juri tersebut. Dato AC Mizal merupakan kapten juri bagi All Together Now versi Malaysia untuk musim pertama ini.


Jadi jangan lepaskan peluang ini, untuk saksikan All Together Now Malaysia (ATNMY) pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam di Astro Ria bermula 6 Jun ini. Anda juga boleh saksikan secara On Demand atau menerusi aplikasi Astro Go dan Ultra Box.
Hujung minggu anda kini tidak lagi bosan. Jadi duduk dirumah dan saksikan program-program serta rancangan tv yang dibawakan oleh Astro ke rumah anda