Jangan lupa saksikan drama Adakah Engkau Menungguku yang akan menemui penonton mulai 29 September 2022, setiap hari Rabu hingga Sabtu pada pukul 9.00 malam menerusi slot Lestary TV3 dan secara online di www.tonton.com.my.
Episod : 15
Tayangan : Slot Lestary di TV3
Waktu : 9.00 Malam
Penulis Skrip : Amin Shakib, Anina Sahal & Eja Lorena
Pengarah : Azmi Hata
Produksi : OrangeTree Production Sdn. Bhd.
Tonton
Pelakon
Antara pelakon-pelakon yang membintangi drama Adakah Engkau Menungguku ini seperti Wanna Ali, Adam Lee, Neera Azizi, Farhan Asri, Nabil Aqil, Syafitee, Wani Kayrie, Bella Astilah, Sherry Ibrahim, Wan Nor Azlin, Enot, Fiza Thomas, Ameerul Asyraf, Elanie Aidid dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Wanna Ali sebagai Ariana Amran
- Adam Lee sebagai Ikmal Hanafi
- Neera Azizi sebagai Lara Sofea
- Farhan Asri sebagai Azman Malek
- Nabil Aqil sebagai Reza
- Syafitee sebagai Zain
- Wani Kayrie sebagai Tina
- Bella Astilah sebagai Maya
- Sherry Ibrahim senagao Maksu Aini
- Wan Nor Azlin sebagai Datin Fauziah
- Enot sebagai Mak Long
- Fiza Thomas sebagai Lisa
Sinopsis Drama Adakah Engkau Menungguku
Drama Adakah Menungguku mengisahkan tentang kehidupan Ariana yang terpaksa melupakan kekasihnya untuk berkahwin yang terjalin selama 8 tahun kerana teman lelakinya dipaksa oleh kedua-dua ibu bapanya untuk berkahwin dengan pilihan keluarga.
Selepas itu, dengan kehadiran Ikmal telah mengubah hidup Ariana setelah takdir menghubungkan kehidupan mereka berdua. Ikmal juga telah kehilangan teman wanitanya kerana enggan mengikutnya ke Australia demi menjaga kedua orang tuanya.
Ariana pergi menenangkan diri ke sebuah restoran namun dia tiada tempat kosong untuknya. Ariana dan Ikmal berebut meja dan akhirnya terpaksa berkongsi kerana meja lain dah penuh.
Ariana memandang lkmal yang hanya menundukkan kepala membaca mesej di telefon bimbitnya. Apabila pelayan menghantar makanan yang sama kepada mereka, Ariana dan Ikmal saling berpandangan.
Adakah itu suratan dalam kehidupan atau sekadar satu kebetulan?



