- advertisement -

ABPBH 33 Kembali Dan Diadakan Dalam Norma Baharu

Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) untuk tahun 2020 sudah masuk ke edisi-33. Tapi kali ini berlainan kerana ianya diadakan dalam norma baharu.

Negara kini dilanda pandemik COVID-19 dan salah satu cara bagi memutuskan rantaian jangkitan adalah mengelakkan berkumpul beramai-ramai di tempat yang sempit. Oleh itu, APBBH33 kali ini masih diteruskan tetapi tanpa kehadiran penonton bagi mematuhi SOP yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

ABPBH 33 Kembali Dan Diadakan Dalam Norma Baharu

- advertisement -

ABPBH 33 kali ini mengangkat tema #ABPBHKITA2020 yang telah mempertandingkan 13 kategori utama selain 5 kategori online. Kesemuanya adalah daripada undian orang ramai iaitu bermula 7 Oktober hingga 8 November 2020 menerusi laman web ABPBH 33 di www.abpbh.com.my. Undian boleh dilakukan sama ada secara percuma, pakej langganan BH digital dan undian bersama Xiaomi. (undian telah ditutup)

Tahun ini ABPBH akan memberi penghargaan yang lepas kepada kelab peminat dengan mengadakan pertandingan TikTOK. Peminat dan Kelab Peminat yang berjaya menghasilkan kandungan video TikTok yang paling kreatif akan dinobatkan Anugerah FC FANstatik Popular. (undian juga telah ditutup)

ABPBH 33 Kembali Dan Diadakan Dalam Norma Baharu

13 Kategori Utama ABPBH2020 Ke-33

Untuk 13 kategori utama dan 5 kategori online adalah seperti berikut:

Kategori Utama

  1. Artis Baharu Lelaki Popular
  2. Artis Baharu Wanita Popular
  3. Penyanyi Lelaki Popular Xiaomi Malaysia
  4. Penyanyi Wanita Popular Xiaomi Malaysia
  5. Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular
  6. Pelakon Filem Lelaki Popular
  7. Pelakon Filem Wanita Popular
  8. Pelakon TV Lelaki Popular
  9. Pelakon TV Wanita Popular
  10. Artis Versatil Popular
  11. Artis Komedi Popular
  12. Pengacara TV Popular
  13. Penyampai Radio Popular.

Kategori Online

  1. Gandingan Serasi Drama Popular
  2. Gandingan Serasi Filem Popular
  3. Lagu Paling Boom
  4. Artis Kontroversi Popular
  5. FC FANtastik Popular

Tidak dilupakan juga bagi Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat

Persembahan

Pada malam tersebut, penonton dirumah akan disajikan dengan persembahan hebat daripada artis BBNU sehinggalah penyanyi lagenda. Antara yang terlibat malam tersebut ialah Faizal Tahir, Hafiz Suip, Azlan Typewriter, Tuju, Ernie Zakri, Syamel, Naim Daniel, Man Keedal dan Aina Abdul.

BACA : Tahniah Margosa Dinobatkan Sebagai Juara Anugerah Lagu Indie 2020 Dengan Lagu Penawar

Selain itu, ada juga, Zynakal, Dolla, Eliana, Tomok, Lan Solot, Zizi Kirana, Elly Mazlein, Indah Ruhaila dan ramai lagi.

Tidak lupa juga dengan persembahan pentas menerusi skerta komedia yang akan menampilkan Khir Rahman, Nora Danish, Joey, Man, Liza Abdullah dan Kak Azraff

ABPBH 33 Kembali Dan Diadakan Dalam Norma Baharu

Waktu Siaran

Dato AC Mizal bersama Nabila Huda akan mengemudi ABPBH33 sebagai pengacara disamping dengan barisan selebriti yang akan menyampaikan trofi pada malam tersebut. Antara yang terlibat seperti Datuk Rosyam Nor, Saiful Apek, Ramlah Ram, Sini Nordiana dan ramai lagi. Untuk mengikuti SOP, trofi akan diambil sendiri oleh pemenang ketika nama diumumkan kelak.

Jadi jangan lupa saksikan malam berprestij Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH33) terus dari rumah pada hari jumaat, 13 November 2020 jam 9 malam. Selain itu anda boleh juga boleh tonton melalui platform digital di laman Tonton, Youtube TV3 dan Youtube BH serta laman rasmi ABPBH iaitu di www.abpbh.com.my

Buat julung kali, anda juga boleh strim secara langsung melalui aplikasi TikTok.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here