- advertisement -

Jangan lupa saksikan filem 7 Minggu Sebelum Kahwin yang akan menemui penonton bermula 7 Julai 2022, hari Khamis hanya di pawagam rumah anda Astro First 480 dan Astro Go. Boleh langgan dengan harga RM15.00 untuk tontonan selama 48 jam.

Tayangan : Astro First 480
Tarikh : Mulai 7 Julai 2022 (Khamis)
Penulis Skrip : Eenaz Mokhtar
Pengarah : Eyra Rahman
Produksi : KRU Studios & Bloombordia Sdn. Bhd.

Pelakon

Antara pelakon yang membintangi filem ini seperti Nora Danish, MK K-Clique, Ropie, Yassin, Vaneesa Reynauld, Azizah Mahzan, Sham Visa, Alya Iman dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Nora Danish sebagai Syifa
  • MK K-Clique sebagai Amar
  • Alya Iman sebagai Natasha
  • Vanessa Reynauld sebagai Ana
  • Ropie sebagai Rafi
  • Yassin sebagai Kyle
  • Sham Visa sebagai Anuar Riza
  • Azizah Mahzan sebagai Nenek

OST Filem

Tajuk Lagu : Petanda
Penyanyi : Dian Hashim
Komposer : Neo
Penulis Lirik : Neo

- advertisement -

Sinopsis Filem 7 Minggu Sebelum Kahwin

Filem 7 Minggu Sebelum Kahwin mengisahkan tentang Syifa mengimpikan sebuah perkahwinan yang indah dan meriah sejak dari kecil. Bertemu dengan kekasihnya, Amar di dalam majlis resepsi menguatkan semangat Syifa bahawa perkahwinan ini mestilah ‘PERFECT!’.

Hanya tinggal 7 minggu saja lagi namun pelbagai masalah menimpa Amar dan Syifa yang mengganggu dan menduga cinta mereka. Pelbagai masalah timbul daripada masalah kecil hingga besar.

Syifa obses mahukan majlis perkahwinan yang sempurna tidak kira daripada bentuk cincin idaman, pastikan ukuran saiz pinggang Amar tepat sehinggalah tinggi pengapit Amar pun kena separas.

Keadaan jadi lagi kecoh bila kad jemputan perkahwinan dicetak salah oleh Rafi, kawan baik Amar dengan nama perempuan lain serta pelamin yang diidamkan Syifa bersama ‘wedding planner’ Kyle telah diubah oleh nenek Amar.

Setiap masalah yang muncul  telah menyebabkan kepercayaan dan perasaan cinta mereka luntur. Kemunculan Natasha, bekas kekasih Amar pada minggu terakhir perkahwinan mereka telah mencetuskan pergaduhan besar dan memutuskan untuk berpisah.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here