Sebuah telefilem cinta romantik, 6 Langkah Menghancurkan Ex Boyfriend akan disiarkan pada 27 Mac ini menerusi slot Citra Exclusive di Astro Citra.
BACA : Saksikan Telefilem My Future Husband Di Astro Citra
Buat pertama kalinya, Naqiu akan bergandingan bersama pelakon hebat jelita, Nora Danish dalam sebuah cerita cinta yang pastinya ramai sudah tertunggu-tunggu kemunculan mereka. Selain itu terdapat juga Iman Suhana, Anne Abdullah dan ramai lagi dalam telefilem ini.
Tayangan : Citra Exclusive Astro Citra
Pengarah : Syahid Johan
Penerbit : Zaleha Ali
Terbitan : Heritage Movies Sdn. Bhd. bersama Tascreen Productions
Pelakon : Nora Danish, Naqiu, Iman Suhana, Anne Abdullah, Zaryn Min, Iedil Dzuhrie Alaudin, Mimi Ernida, Nesa Idrus dan ramai lagi
- Nora Danish sebagai Qis
- Naqiu sebagai Amri
- Iman Suhana sebagai Sha
- Anne Abdullah sebagai Datin Yasmin
- Iedil Dzuhrie Alaudin sebagai Raziz
- Zaryn Min sebagai Awin
- Mimi Ernida sebagai Ju
- Nesa Idrus sebagai Aliya


Sinopsis Telefilem 6 Langkah Menghancurkan Ex Boyfriend
Telefilem ini menceritakan Sha yang dibantu oleh sahabatnya iaitu Qis bagi mengatur langkah untuk menghancurkan kehidupan bekas kekasihnya, Amri yang telah memutuskan hubungan percintaan mereka.
Apakah yang berlaku seterusnya? Adakah langkah-langhah tersebut berjaya atau mungkin ada bibik-bibik cinta baru mekar kembali? Jangan lupa saksikan telefilem 6 Langkah Menghancurkan Ex-Boyfriend nanti di Astro Citra.


Waktu Tayangan
Telefilem 6 Langkah Menghancurkan Ex Boyfriend akan disiarkan pada 27 Mac 2021, Sabtu jam 9 malam menerusi slot Citra Exclusive di Astro Citra (128) dan Citra HD (108). Anda juga boleh tonton menerusi On Demand atau melalui aplikasi Astro Go.