Jangan lupa saksikan telefilem 30 Hari Membunuh Cinta pada 8 Mei 2023, bersiaran semula pada hari Isnin, pukul 7.00 malam menerusi slot Citra Exclusive di Astro Citra 108 atau boleh juga strim secara online di Astro Go.
Telefilem yang pernah ditayangkan pada tahun 2018 ini merupakan terbitan syarikat Dear Creative Media Sdn. Bhd., diarahkan oleh Faliq Sharif dengan penulisan skrip daripada Rehal Nuharis.
Tayangan Asal : 2018
Siaran : Slot Citra Exclusive di Astro Citra 108
Tarikh : 8 Mei 2023 (Isnin)
Masa : 7.00 Malam
Penulis Skrip : Rehal Nuharis
Pengarah : Faliq Sharif
Produksi : Dear Creative Media Sdn. Bhd.


Barisan Pelakon
Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem 30 Hari Membunuh Cinta seperti Amelia Henderson, Fendy Bakry, Amira Othman, Luqman Hafidz, Fazrul Ahmad Daud, Fezrul Khan, Shahkimin, Idris Khan, Radin dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Amelia Henderson sebagai Rara
- Fendy Bakry sebagai Syawal
- Amira Othman sebagai Dada
Sinopsis Telefilem 30 Hari Membunuh Cinta
Telefilem 30 Hari membunuh Cinta mengisahkan tentang Rara yang baru putus cinta setelah ditinggalkan kekasihnya. Mereka telah bercinta selama 8 tahun dan Rara mendapati bukan mudah untuk melupakan kekasihnya itu.
Namun begitu Rara cuba untuk move on dan menumpukan perhatiannya pada kerjayanya saja. Kawan Rara kemudiannya mencadangkan Rara supaya mengupah seorang lelaki untuk menjadi teman lelakinya selama sebulan untuk membolehkan Rara melupakan bekas teman lelakinya sepenuhnya.
Mereka juga tidak boleh jatuh cinta antara satu sama lain, tak lama kemudian bermulalah pencarian calon-calon yang sesuai untuk dijadikan teman lelaki selama sebulan oleh Rara dan kawannya.
Manakala Syawal pula bekerja di Gym, ramai wanita yang datang ke gym tersebut tertarik dan terpikat dengan Syawal. Namun sikap Syawal yang kasar, dingin dan cepat marah membuatkan dirinya sering memarahi mereka.
Syawal kemudian telah diberi amaran oleh majikannya supaya tidak bersikap sedemikian. Apa yang berlaku bila Rara dan Syawal bertemu?

