Saksikan Drama Terbaru TV3 : Hati Yang Tersakiti Ditayangkan Melalui Slot Samarinda

Selepas kejayaan drama Bicara Cinta, drama Hati Yang Tersakiti akan menemui peminat drama tempatan melalui slot Samarinda di TV3 bermula 15 Oktober 2020.

Drama yang menampilkan pelakon hebat Remy Ishak, Nad Zainal dan Mimi Lana sebagai watak utama. Katanya drama ini merupakan idea asal dan bukan adaptasi daripada mana-mana novel atau drama lain. Mesti best kan.

Jumlah Episod : 15 episod (Slot Samarinda)
Pengarah : Feroz Kader
Penulis Skrip : Azril Hamzah
Pelakon : Remy Ishak, Nad Zainal, Mimi Lana dan Riz Amin, Husna Mustaffa, Fad Anuar, Ainina Ahmad dan ramai lagi

Saksikan Drama Terbaru TV3 : Hati Yang Tersakiti Ditayangkan Melalui Slot Samarinda

Sinopsis Drama Hati Yang Tersakiti

Drama bersiri ini mengisahkan mengenai Haris (Remy Ishak) dahulunya seorang penghantar surat. Berkat usahanya, dia kini berjaya menjadi seorang usahawan maklumat teknologi (IT). Mona (Nad Zainal) pula seorang lepasan kolej yang bekerja sebagai perunding majlis. Pertemuan pertama Haris dan Mona di kolej membibitkan cinta tetapi Farah (Mimi Lana) rasa Haris tidak layak dan tidak setaraf dengan Mona yang berpelajaran tinggi.

Farah pernah memperkenalkan Mona kepada anak Datuk malahan dia sendiri memilih anak kepada seorang Tan Sri sebagai suaminya. Farah tidak menjemput Mona ke majlis perkahwinannya. Dia juga tidak hadir ke majlis perkahwinan Mona dengan alasan bekerja.

Selepas berkahwin dengan Adrian (Riz Amin), Farah sudah tidak menghubungi Mona. Masing-masing telah membawa haluan sendiri dan tidak bertanya khabar berita.

Saksikan Drama Terbaru TV3 : Hati Yang Tersakiti Ditayangkan Melalui Slot Samarinda

Kini, perkahwinan Haris dan Mona sudah masuk 5 tahun dan dipenuhi dengan kasih sayang dan kebahagiaan. Haris tidak pernah melalaikan tanggungjawab sebagai seorang suami cuma mereka belum berpeluang mendapatkan cahaya mata sebagai pelengkap perkahwinan. Farah pula menjadi seorang model terkenal dan masih tidak mempunyai anak, malah dia sekarang di dalam proses penceraian.

Mona dan Farah bertemu kembali. Selepas mengetahui keadaan Farah yang belum mendapatkan tempat tinggal kerana krisis rumah tangga, Mona mempelawa kawan baiknya untuk tinggal di rumahnya buat sementara waktu.

Haris tidak senang dengan kehadiran Farah kerana ia akan mengganggu privasi mereka dan mula tetapkan syarat kepada Farah. Akhirnya, Haris akur kerana Mona rasa kasihan dan mahu membantu sahabatnya.

Farah berterima kasih dengan keprihatinan yang diberikan kepadanya. Lama-kelamaan, dalam diam Farah mulai mencemburui kesempurnaan yang dirasai dalam rumah tangga Mona dan makin lama dia juga ingin memilikinya.

Waktu Tayangan

Jadi jangan lupa untuk saksikan drama Hati Yang Tersakiti bermula 15 Oktober 2020 menerusi slot Samarinda di TV3 pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. Anda juga boleh strim di www.viu.com atau aplikasi VIU sejurus tamat setiap episod tayangan di tv.

Jangan lupa daftar di VIU untuk dapatkan akaun premium untuk 7 hari dengan masukkan kod : VIU7HARI

Tonton Semua Episod Hati Yang Tersakiti

*setiap episod akan di update dari semasa ke semasa

Hati Yang Tersakiti - Episod 1

Hati Yang Tersakiti - Episod 2

Hati Yang Tersakiti - Episod 3

Hati Yang Tersakiti - Episod 4

Hati Yang Tersakiti - Episod 5

Hati Yang Tersakiti - Episod 6

Hati Yang Tersakiti - Episod 7

Hati Yang Tersakiti - Episod 8

Hati Yang Tersakiti - Episod 9

Hati Yang Tersakiti - Episod 10

Hati Yang Tersakiti - Episod 11

Hati Yang Tersakiti - Episod 12

Hati Yang Tersakiti - Episod 13

Hati Yang Tersakiti - Episod 14

Hati Yang Tersakiti - Episod 15 (Episod Akhir)


sumber : xtra

Post a Comment

Previous Post Next Post