Jangan lupa saksikan ulang siar telefilem 1 Untuk Hati 2 Untuk Rindu yang akan menemui penonton pada 24 Julai 2022, hari Ahad pada pukul 10.00 malam di slot Ohsem Tele di Awesome TV.
Tayangan : Slot Ohsem Tele di Awesome TV
Tarikh : 24 Julai 2022 (Ahad)
Waktu : 10.00 Malam
Idea Asal : Azmi Hata
Penulis Skrip : Rayyan Danish
Pengarah : Asri Alias
Produksi : ZGB Media Sdn. Bhd.
Pelakon
Antara pelakon yang terlibat dalam telefilem ini seperti Atiqah Shuhaimi, Mustaqim Bahadon, Hairie Othman, Silfeny Osman, Fird Ahmad, Azrin Adriana, Ahnaf Abu Bakar dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Atikah Shuhaimi sebagai Raisya
- Mustaqim Bahadon sebagai Ryan
- Hairie Othman sebagai Tuan Amirul
Sinopsis Telefilem 1 Untuk Hati 2 Untuk Rindu
Telefilem 1 Untuk Hati 2 Untuk Rindu mengisahkan bagaimana dua orang chef yang berlainan latar belakang berjumpa sekali gus memulakan kisah cinta mereka walhal pada awalnya mereka bermusuhan.
Walaubagaimanapun, konflik antara mereka timbul membuahkan hasil yang tidak diduga. Mereka kini saling menyukai antara satu sama lain walaupun pada hakikatnya perjalanan cerita mereka dipenuhi rasa ‘sayang dan benci’ hingga memenuhi suasana romantic comedy.